Kisah Kejayaan
CELIK IT DARI PI - Lisnawatie anak Micheal
Lisnawatie anak Micheal berumur 18 tahun dan merupakan seorang pelajar lepasan SPM. Beliau mempunyai lima orang adik-beradik dan merupakan anak kedua. Sementara menunggu keputusan SPM, Lisnawatie mengisi masa lapang dengan mengikuti kursus ICT yang dianjurkan oleh PI.
Sebelum menyertai kursus ICT, LIsnawatie tidak mengenali Microsoft word dan tidak pernah mengetahui jenis-jenis perisian komputer seperti Photoshop. Selain itu, Lisnawatie juga kurang mahir menggunakan kekunci menaip dan kurang memahami fungsi butang tertentu pada papan kekunci komputer.
Selepas melibatkan diri dalam kursus ICT, Lisnawatie mengetahui banyak pekara baru mengenai penggunaan komputer. Malah beliau juga boleh menaip, membuat slaid dan membuat jadual menggunakan perisian komputer Microsoft office. Bukan itu sahaja, berkat kegigihan Lisnawatie daripada mengikuti kursus dan melayari youtube berkenaan dengan photoshop, beliau juga boleh menggunakan Photoshop untuk memberi kesan khas pada gambar.
Lisnawatie telah diberi tunjuk ajar mengenai komputer dan sistem operasi, internet dan e-mel. Microsoft word, Microsoft power point, Microsoft excel dan photoshop. Selain daripada itu, Lisnawatie juga didedahkan dengan “klik dengan bijak” seperti buli siber, penyalahgunaan internet dan lain-lain lagi. Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
PI sentiasa mengadakan kursus dan bimbingan berkaitan ICT, disamping membuat aktiviti praktikal melibatkan Microsoft office dan adobe photoshop.
---------------------------------------------------------------------------------
Celik It Dari PI - Mary Janne Opis
Mary Janne merupakan seorang pelajar lepasan STPM. Sementara menunggu keputusan untuk menyambung pelajaran, Beliau telah mengisi masa lapang dengan mengikuti kursus ICT yang dianjurkan oleh PI.
Sebelum menyertai kursus ICT yang dianjurkan oleh PI, Mary Janne tidak pernah menggunakan perisian komputer seperti perisian Microsoft office. Malah Mary Janne juga kurang memahami bebutang pada papan kekunci komputer.
Selepas mengikuti kursus yang dianjurkan oleh PI, kemahiran Mary Janne dalam menggunakan komputer telah meningkat. Minat dan usaha beliau telah berhasil apabila beliau boleh menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Word, Power Point dan Excel secara asas. Malah beliau juga boleh menggunakan perisian adobe photoshop untuk menyunting gambar setelah mengikuti kursus adobe photoshop. Bukan itu sahaja, beliau juga boleh mengenali fungsi bebutang pada papan kekunci komputer.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Usahawan Berjaya Menggunakan Ict – Rosline Lian
Puan Roseline merupakan seorang pengusaha dan perniaga kek. Beliau merupakan seorang isteri dan ibu kepada 5 orang anak. Perniagaan kek yang diusahakannya hanya dilakukan secara kecil-kecilan sahaja. Perniagaan kek yang dijalankannya hanya tertumpu kepada tempahan pada hari-hari tertentu sahaja, contohnya pada sambutan hari jadi. Oleh kerana operasi perniagaannya kurang mendapat sambutan daripada komuniti di Sungai Asap, Puan Roseline berhasrat untuk menimba pengetahuan dalam membuat promosi perniagaannya secara online.
Pengetahuan tentang keusahawanan Puan Roseline agak lemah sebelum mengikuti kursus di PI. beliau juga berpendapat, untuk menjadi seorang usahawan memerlukan tahap pendidikan akademik yang tinggi. Oleh hal demikian, semangatnya untuk berniaga agak kurang. Di tambahkan lagi dengan kadar permintaan yang rendah daripada kumpulan pasaran yang tertumpu di sekitar Sungai Asap sahaja. Pengurusan kewangan dan modal operasi pembelian bahan membuat kek juga kurang dititikberatkan oleh beliau. Sebelum mengikuti kursus di PI, Puan Roseline hanya membuat promosi secara lisan sahaja yang melibatkan saudara mara dan kenalan disekitar Sungai Asap. Beliau tidak pernah menggunakan medium online dalam membuat promosi pasaran perniagaanya. Beliau juga agak lemah menggunakan internet sebagai flatfom mencari bahan rujukan dan info terkini untuk perniagaannya.
Selepas menghadiri kursus keusahawanan, Puan Roseline lebih yakin dengan kemahirannya membuat kek dan amat berminat untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Beliau juga semakin mahir menggunakan flatfom whatsApp untuk menerima tempahan daripada pelangan. Selain daripada itu, data operasi perniagaannya sentiasa dicatat untuk mengenalpasti keuntungan yang diperolehi. Beliau juga sentiasa mencari bahan rujukan daripada internet untuk memajukan perniagaanya. Selain menggunakan flatfom online seperti facebook, Beliau juga menggunakan menggunakan poster yang dilekat disekitar Sungai Asap untuk mempromosikan perniagaanya. Kini beliau lebih banyak menerima tempahan daripada komuniti di Sungai Asap.