Kelas Pengenalan Kepada Komputer Dan System Operasi

13 April 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang suri rumah. Beliau belajar mengenali komputer kerana ini adalah hari pertama beliau masuk kelas komputer dan belum mahir menggunakan komputer. Kelas ini diadakan di PEDi Sg Asap di bilik latihan. Kelas ini berlansung pada hari Selasa 12 April 2022. Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan komputer dan sistem operasi seperti mengenali bahagian komputer yang berbeza, fungsi bahagian komputer yang berbeza, cara menghidupkan komputer, mengenal pasti kekunci yang berbeza di papan kekunci, fungsi kekunci di papan kekunci, cara memegang dan menggerakkan tetikus, tahu tentang windows desktop, mengenal pasti bahagian-bahagian window, cara menggunakan butang start dan menu start, cara menggunakan task bar, cara membuat folder dan subfolder, cara mematikan komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali