Kelas E-commerce Janapreneur

12 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang wanita tempatan. 2 wanita terdiri daripada suri rumah, 2 wanita bekerjaya dan seorang wanita masih pelajar kolej. Kelas ini diadakan pada hari Selasa, 11 Januari 2022. Aktiviti ini diadakan di bilik latihan PEDi Sg Asap pada pukul 8.00am - 5.00pm.

Kelas ini diajar oleh seorang Rakan Digital Sungai Asap iaitu Pennyslyana. Dalam kelas ini, peserta belajar cara membuka kedai dalam e-commerce.

Tujuan kelas ini adalah untuk memperluaskan lagi “marketing” perniagaan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali