Seminar 5 Elemen Sumber Mendapatkan Kekayaan pada 2022
6 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniSeminar ini telah dihadiri oleh 5 orang wanita dan seorang lelaki. Seorang lelaki pesara, seorang pelajar, seorang wanita suri rumah dan 3 orang wanita bekerjaya. Kelas ini diadakan pada hari Sabtu, 5 Februari 2022. Aktiviti ini diadakan di bilik latihan PEDi Sg Asap pada pukul 8.00am - 5.00pm.
Seminar ini dikendalikan oleh seorang Penasihat Kewangan iaitu Encik Fariz Mohammad. Dalam kelas ini, peserta mendapat perkongsian mengenai cara-cara atau elemen yang boleh kita buat untuk memperoleh dan meningkatkan kewangan kita di tahun 2022. Kelas ini juga mampu membuka mata dan serta boleh menambah pengetahuan am peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: