Kelas Microsoft Office Excel

19 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Microsoft Office Excel pada hari Rabu, 18 Ogos 2021. Kelas Microsoft Office Excel diadakan di Pusat Internet Komuniti Sungai Asap, Belaga, Sarawak. Kelas diadakan pada waktu pagi. Jumlah penyertaan 4 orang. Aktiviti sampingan Advokasi KDB, Berkongsi Secara Berlebihan di Internet.

Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Excel seperti berikut; Cara memasukkan dan menyunting teks dan nombor dalam lembaran hamparan. Cara memandu arah di sekitar spreadsheet. Cara melakukan pengiraan dengan mudah dan menggunakan formula. Cara menggabungkan dan menyatukan sel. Cara memformatkan sel dan mengubah ketinggian dan kelebaran baris dan lajur. Cara mencipta carta dan menentukan jenis carta. Cara menyimpan lembaran hamparan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali