Kelas Microsoft Word (Surat tidak rasmi)

18 April 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT Microsoft Word iaitu membuat surat tidak rasmi pada hari Sabtu, 17 April 2021. Kelas ini dikelolakan oleh pihak Pusat Internet Komuniti Sungai Asap, Belaga, Sarawak di bilik latihan PIK Sg Asap. Kelas diadakan pada waktu petang. Penyertaan 2 orang.

Peserta diberi tunjuk ajar cara menggunakan Microsoft word seperti berikut; Pengenalan kepada Microsoft Word, cara menaip dan mengubah perkataan, cara mengubah warna perkataan, cara mengubah gaya perkataan, cara membesarkan dan mengecilkan perkataan. Cara mengubah jarak antara baris. Cara membuat senarai berbulet. Cara mengubah penjajaran perkataan. Cara memasukkan sempadan halaman. Cara menyimpan dokumen.

Latihan yang diberikan kepada mereka untuk menilai pemahaman mereka adalah dengan membuat surat tidak rasmi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali