Online Kelas Kraf Beg

16 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 15 orang suri rumah. Kelas ini diadakan pada hari Isnin, Selasa dan Rabu, 13-15 December 2021. Aktiviti ini diadakan di bilik latihan PEDi Sg Asap pada pukul 8.00am - 5.00pm.

Kelas ini diajar oleh seorang yang lebih mahir membuat kraf beg dari Kuching. Peserta belajar melalui platform zoom. Mereka juga turut membuat kraf bersama-sama dengan guru mereka.

Dengan program ini, diharapkan peserta dapat meningkatkan lagi ilmu kraf tangan mereka. Selain itu, mereka berpotensi untuk meningkatkan hasil pendapatan bulanan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali