Kelas Online, Microsoft Office Excel

27 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Online Microsoft Office Excel pada hari Jumaat, 4 Februari 2021. Kelas Online, Microsoft Office Excel dikelolakan oleh pihak Pusat Internet Komuniti Sungai Asap, Belaga, Sarawak secara online. Kelas diadakan pada waktu petang. Jumlah penyertaan 3 orang.

Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Excel seperti berikut; Cara memasukkan dan menyunting teks dan nombor dalam lembaran hamparan. Cara memandu arah di sekitar spreadsheet. Cara melakukan pengiraan dengan mudah dan menggunakan formula. Cara menggabungkan dan menyatukan sel. Cara memformatkan sel dan mengubah ketinggian dan kelebaran baris dan lajur. Cara mencipta carta dan menentukan jenis carta. Cara menyimpan lembaran hamparan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali