Kelas Microsoft Office, Excel – pagi dan petang

13 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Microsoft Office, Excel pada hari Isnin, 12 Mei 2019.  Kelas dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak.  Kelas Microsoft Office Excel diadakan pada waktu pagi dan petang.  Penyertaan sebelah pagi 2 orang, manakala sebelah petang penyertaan 4 orang. Kelas pagi bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari manakala kelas sebelah petang bermula dari jam 1.00 petang sehingga jam 5.00 petang.  Aktiviti sokongan, Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB)

Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Excel  seperti berikut;  Cara memasukkan dan menyunting teks dan nombor dalam lembaran hamparan.  Cara memandu arah di sekitar spreadsheet.  Cara melakukan pengiraan dengan mudah dan menggunakan formula.  Cara menggabungkan dan menyatukan sel.  Cara memformatkan sel dan mengubah ketinggian dan kelebaran baris dan lajur.  Cara mencipta carta dan menentukan jenis carta.  Cara menyimpan lembaran hamparan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali