Kelas Soft Skill, Pantas Menaip
29 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniKelas Soft Skills, Pantas Menaip pada hari Selasa, 28 Mei 2019. Kelas dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak. Kelas bermula dari jam 1.00 petang hingga 5.00 petang. Penyertaan bagi Kelas Soft Skills, Pantas Menaip, 4 orang. Peserta Kelas Soft Skill, Pantas Menaip diberi penerangan mengenai kemahiran menaip dengan pantas iaitu; cara menaip dengan pantas.
Cara meletakkan 10 jari pada papan kekunci. Kaedah skema papan kekunci untuk daya ingatan pada otot jari. Pergerakan jari tanpa perlu melihat papan kekunci. Penjagaan diri semasa menaip. Peserta diberi latihan menaip. Latihan diberi dari sumber online https://byteback.org/typing yang mana memberi 15 pelajaran, 3 Latihan Lanjutan dan 5 Latihan Tambahan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: