Kelas ICT, Komputer dan Sistem Operasi – Pagi
Soft Skill, Pantas Menaip - Petang

24 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT, Komputer dan Sistem Operasi dan Kelas Soft Skills, Pantas menaip pada hari Khamis, 23 Mei 2019. Kelas dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak. Kelas ICT, Komputer dan Sistem Operasi diadakan pada waktu pagi dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari, penyertaan 1 orang. Kelas Soft Skills, Pantas Menaip pada waktu petang, bermula dari jam 1.00 petang hingga 5.00 petang penyertaan 2 orang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB).

Peserta Kelas ICT, Komputer dan Sistem Operasi diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Komputer dan Sistem Operasi seperti berikut: Mengenali bahagian komputer yang berbeza. Fungsi bahagian komputer yang berbeza. Cara menghidupkan komputer. Mengenal pasti kekunci yang berbeza di papan kekunci. Fungsi kekunci di papan kekunci. Cara memegang dan menggerakkan tetikus. Tahu tentang windows desktop. Mengenal pasti bahagian-bahagian window. Cara menggunakan butang start dan menu start. Cara menggunakan Task Bar. Cara membuat folder dan Subfolder. Cara mematikan komputer.

Peserta Kelas Soft Skill, Pantas Menaip diberi penerangan mengenai kemahiran menaip dengan pantas iaitu; cara menaip dengan pantas. Cara meletakkan 10 jari pada papan kekunci. Kaedah skema papan kekunci untuk daya ingatan pada otot jari. Pergerakan jari tanpa perlu melihat papan kekunci. Penjagaan diri semasa menaip. Peserta diberi latihan menaip. Latihan diberi dari sumber online https://byteback.org/typing yang mana memberi 15 pelajaran, 3 Latihan Lanjutan dan 5 Latihan Tambahan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali