Kelas Microsoft Office Excel Dan Soft Skills Latihan Menaip Pantas

19 April 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Microsoft Office Excel dan Soft Skills Latihan Menaip Pantas pada hari Khamis, 18 April 2019. Kelas dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak. Kelas Micrsoft office Excel pagi dan petang. Kelas Pagi bermula dari jam 8.00 pagi. Jumlah penyertaan 3 orang. Kelas tamat pada jam 12.00 tengahari. Kelas petang bermula dari jam 1.00 petang. Jumlah penyertaan 4 orang. Kelas tamat pada jam 5.00 petang. Manakala Soft Skills Latihan Menaip Pantas juga bermula dari jam 1.00 petang. Jumlah penyertaan 1 orang. Kelas tamat pada jam 5.00 petang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik dengan Bijak (KDB).

Peserta kelas Microsoft Office excel diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Excel seperti berikut; Cara memasukkan dan menyunting teks dan nombor dalam lembaran hamparan. Cara memandu arah di sekitar spreadsheet. Cara melakukan pengiraan dengan mudah dan menggunakan formula. Cara menggabungkan dan menyatukan sel. Cara memformatkan sel dan mengubah ketinggian dan kelebaran baris dan lajur. Cara mencipta carta dan menentukan jenis carta. Cara menyimpan lembaran hamparan. Manakala peserta bagi Soft Skills, Latihan Menaip Pantas diberi latihan dari sumber online https://byteback.org/typing/ yang mana memberi 15 pelajaran, 3 Latihan Lanjutan dan 5 Latihan Tambahan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali