Kelas Microsoft Office Word, Excel Dan Soft Skills Latihan Menaip Pantas
18 April 2019 | Aktiviti TerkiniKelas Microsoft Office Word, Excel dan Soft Skills Latihan Menaip Pantas pada hari Rabu, 17 April 2019. Kelas dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak Kelas Microsoft Office Word bermula dari jam 8.00 pagi. Jumlah penyertaan 2 orang. Kelas tamat pada jam 12.00 tengahari. Kelas Micrsoft office Excel bermula dari jam 1.00 petang. Jumlah penyertaan 4 orang. Kelas tamat pada jam 5.00 petang. Manakala Soft Skills Latihan Menaip Pantas juga bermula dari jam 1.00 petang. Jumlah penyertaan 2 orang. Kelas tamat pada jam 5.00 petang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik dengan Bijak (KDB).
Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Word seperti berikut; Pengenalan Microsoft Word. Cara menaip dan mengubah perkataan. Cara mengubah warna perkataan. Cara mengubah gaya perkataan. Cara membesarkan dan mengecilkan perkataan. Cara mengubah jarak antara baris. Cara membuat senarai berbulet. Cara mengubah penjajaran perkataan. Cara memasukkan gambar. Cara memasukkan jadual. Cara memasukkan sempadan halaman. Cara menyimpan dokumen.
Peserta kelas Microsoft Office excel diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Excel seperti berikut; Cara memasukkan dan menyunting teks dan nombor dalam lembaran hamparan. Cara memandu arah di sekitar spreadsheet. Cara melakukan pengiraan dengan mudah dan menggunakan formula. Cara menggabungkan dan menyatukan sel. Cara memformatkan sel dan mengubah ketinggian dan kelebaran baris dan lajur. Cara mencipta carta dan menentukan jenis carta. Cara menyimpan lembaran hamparan. Manakala peserta bagi Soft Skills, Latihan Menaip Pantas diberi latihan dari sumber online https://byteback.org/typing/ yang mana memberi 15 pelajaran, 3 Latihan Lanjutan dan 5 Latihan Tambahan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: