Kelas ICT, Komputer dan Sistem Operasi. Soft skills, Latihan Menaip Pantas.

4 April 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT, Komputer dan Sistem Operasi dan Soft Skills, Latihan Menaip Pantas pada hari Rabu, 3 April 2019. Kelas dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak Kelas bermula dari jam 1.00 petang. Jumlah penyertaan bagi Kelas Pengenalan Kepada Komputer dan Sistem Operasi adalah 1 orang manakala penyertaan bagi Latihan Menaip Pantas juga 1 orang. Kelas tamat jam 5.00 petang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik dengan Bijak (KDB).

Peserta bagi Kelas ICT, Komputer dan Sistem Operasi diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Komputer dan Sistem Operasi seperti berikut: Mengenali bahagian komputer yang berbeza. Fungsi bahagian komputer yang berbeza. Cara menghidupkan komputer. Mengenal pasti kekunci yang berbeza di papan kekunci. Fungsi kekunci di papan kekunci. Cara memegang dan menggerakkan tetikus. Tahu tentang windows desktop. Mengenal pasti bahagian-bahagian window. Cara menggunakan butang start dan menu start. Cara menggunakan Task Bar. Cara membuat folder dan Subfolder. Cara mematikan komputer. Peserta bagi Soft Skills, Latihan Menaip Pantas diberi latihan dari sumber online https://byteback.org/typing/ yang mana memberi 15 pelajaran, 3 Latihan Lanjutan dan 5 Latihan Tambahan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali