Randau Pembangunan Sosial
19 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 16,17, dan 18 hb Ogos 2019, staff pusat internet Sg Asap dan PPR Bandaria mewakili pihak MCMC telah pergi ke program Randau Pembangunan Sosial kerana telah dijemput oleh Majlis Pembangunan Sosial untuk memberikan ceramah kepada penduduk di Rh. Joshua William, Tubau. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada penduduk tentang masalah-masalah atau isu semasa yang terjadi pada masa kini. Terdapat banyak agensi-agensi kerajaan telah menyertai program ini, dan masing-masing mempunyai booth untuk didatangi penduduk untuk bertanya.
Sepanjang program, kami memberi pendedahan KDB melalui tv dan memberi dan menerangkan MYTV kepada masyarakat. Kami wakil MCMC mendapat slot ceramah pada sebelah petang. Ceramah yang kami berikan adalah mengenai Maklumat Palsu dan laman web www.sebenarnya.my. Kesempatan ini juga digunakan untuk mempromosikan pusat internet kepada komuniti di situ. Selain itu, aktiviti santai dan mesra bersama komuniti juga ada seperti sukan, karaoke dan menari. Aktiviti selesai pada petang 18hb Ogos.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: