Program Seminar Emas – Public Gold

16 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Program Seminar Emas – Public Gold pada hari Ahad, 15 Disember 2019. Program Seminar Emas – Public Gold dijalankan di Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak. Program Seminar Emas – Public Gold diadakan pada waktu petang dan jumlah penyertaan 9 orang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB).

Peserta di beri tunjuk ajar cara untuk menyimpan emas, cara membeli emas, cara menggadai emas, cara melihat harga emas semasa, cara membuat pertukaran emas, dan macam-macam lagi. Seminar ini membantu komuniti untuk mempunyai kesedaran untuk membuat simpanan serta tidak bersifat boros ataupun, lebih bijak untuk mengurus kewangan. Sekaligus memberi inspirasi kepada komuniti untuk sentiasa berbelanja dengan hemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali