Aktiviti Asas Kursus Keusahawanan-Portal Produk Sarawak
27 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniAktiviti Kursus Asas Keusahawanan-Portal Produk Sarawak pada hari Sabtu, 26 Januari 2019. Kursus dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak aktiviti bermula dari jam 8.00 pagi. Jumlah peserta yang hadir 10 orang. Waktu rehat 1 jam. Kelas tamat jam 5.00 petang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik dengan Bijak (KDB).
Memperkenalkan modul Portal Produk Sarawak dalam kelas usahawan yang diadakan di Pusat Internet. Membantu dan melatih usahawan tempatan yang memasarkan produk berjenama Sarawak dengan menggunakan Portal Produk Sarawak melalui kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Meningkatkan dan meluaskan pemasaran produk usahawan tempatan, sekaligus meningkatkan kemahiran ICT para usahawan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: