Kelas Pengenalan Kepada Komputer & Sistem Operas dan Asas Microsoft Office Excel

22 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Pengenalan Kepada Komputer & Sistem Operas dan Asas Microsoft Office Excel pada hari Isnin, 21 Januari 2019. Kelas dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak Kelas bermula dari jam 8.00 petang. Jumlah peserta yang hadir 4 orang. Kelas tamat jam 12.00 petang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik dengan Bijak (KDB)

Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Komputer dan Sistem Operasi seperti berikut: Mengenali bahagian komputer yang berbeza. Fungsi bahagian komputer yang berbeza. Cara menghidupkan komputer. Mengenal pasti kekunci yang berbeza di papan kekunci. Fungsi kekunci di papan kekunci. Cara memegang dan menggerakkan tetikus. Tahu tentang windows desktop. Mengenal pasti bahagian-bahagian window. Cara menggunakan butang start dan menu start. Cara menggunakan Task Bar. Cara membuat folder dan Subfolder. Cara mematikan komputer.

Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Excel seperti berikut; Cara memasukkan dan menyunting teks dan nombor dalam lembaran hamparan. Cara memandu arah di sekitar spreadsheet. Cara melakukan pengiraan dengan mudah dan menggunakan formula. Cara menggabungkan dan menyatukan sel. Cara memformatkan sel dan mengubah ketinggian dan kelebaran baris dan lajur. Cara mencipta carta dan menentukan jenis carta. Cara menyimpan lembaran hamparan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali