Kelas Microsoft Office Word
22 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniKelas Microsoft Office Word pada hari Isnin, 21 Oktober 2019. Kelas dijalankan di Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak. Kelas Microsoft Office Word diadakan dari waktu pagi hingga petang. Penyertaan 1 orang. Kelas pagi bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari manakala kelas sebelah petang bermula dari jam 1.00 petang sehingga jam 5.00 petang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB).
Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Word seperti berikut; Pengenalan Microsoft Word. Cara menaip dan mengubah perkataan. Cara mengubah warna perkataan. Cara mengubah gaya perkataan. Cara membesarkan dan mengecilkan perkataan. Cara mengubah jarak antara baris. Cara membuat senarai berbulet. Cara mengubah penjajaran perkataan. Cara memasukkan gambar. Cara memasukkan jadual. Cara memasukkan sempadan halaman. Cara menyimpan dokumen.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: