Kelas Microsoft Office Word – petang
Soft Skill, Pantas Menaip - petang
25 Mei 2019 | Aktiviti Terkini
Kelas Microsoft Office Word dan Kelas Soft Skills, Pantas menaip pada hari Jumaat, 24 Mei 2019. Kelas dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak. Kelas bermula dari jam 1.00 petang hingga 5.00 petang. Penyertaan bagi Kelas Microsoft Office Word, 1 orang. Penyertaan bagi Kelas Soft Skills, 4 orang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB)
Peserta Kelas Microsoft Office Word diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Word seperti berikut; Pengenalan Microsoft Word. Cara menaip dan mengubah perkataan. Cara mengubah warna perkataan. Cara mengubah gaya perkataan. Cara membesarkan dan mengecilkan perkataan. Cara mengubah jarak antara baris. Cara membuat senarai berbulet. Cara mengubah penjajaran perkataan. Cara memasukkan gambar. Cara memasukkan jadual. Cara memasukkan sempadan halaman. Cara menyimpan dokumen.
Peserta Kelas Soft Skill, Pantas Menaip diberi penerangan mengenai kemahiran menaip dengan pantas iaitu; cara menaip dengan pantas. Cara meletakkan 10 jari pada papan kekunci. Kaedah skema papan kekunci untuk daya ingatan pada otot jari. Pergerakan jari tanpa perlu melihat papan kekunci. Penjagaan diri semasa menaip. Peserta diberi latihan menaip. Latihan diberi dari sumber online https://byteback.org/typing yang mana memberi 15 pelajaran, 3 Latihan Lanjutan dan 5 Latihan Tambahan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: