Kelas Microsoft Office, Word. Soft Skills, Latihan Menaip Pantas.
5 April 2019 | Aktiviti TerkiniKelas Microsoft Office, Word dan Soft Skills, Latihan Menaip Pantas pada hari Khamis, 4 April 2019. Kelas dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak. Kelas Microsoft Office, Word bermula dari jam 8.00 pagi dan jumlah penyertaan 1 orang. Kelas tamat jam 12.00 tengahari. Manakala, Soft Skills Latihan Menaip Panta bermula dari jam 1.00 petang dan jumlah penyertaan 2 orang. Kelas dan Latihan tamat pada jam 5.00 petang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB)
Peserta bagi Kelas Microsoft Office, Word diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Word seperti berikut; Pengenalan Microsoft Word. Cara menaip dan mengubah perkataan. Cara mengubah warna perkataan. Cara mengubah gaya perkataan. Cara membesarkan dan mengecilkan perkataan. Cara mengubah jarak antara baris. Cara membuat senarai berbulet. Cara mengubah penjajaran perkataan. Cara memasukkan gambar. Cara memasukkan jadual. Cara memasukkan sempadan halaman. Cara menyimpan dokumen.Peserta bagi Soft Skills, Latihan Menaip Pantas diberi latihan dari sumber online https://byteback.org/typing yang mana memberi 15 pelajaran, 3 Latihan Lanjutan dan 5 LatihanTambahan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: