Kelas Pengenalan Kepada Komputer dan Sistem Operas (Pagi) Kelas Pengenalan Kepada Internet dan Emel(petang)

29 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Pengenalan Kepada Komputer & Sistem Operasi (pagi), Kelas Pengenalan Kepada Internet dan Emel(petang) pada hari Khamis, 28 Februari 2019. Kelas dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak Kelas bermula dari jam 9.00 pagi. Jumlah peserta yang hadir 3 orang. Rehat selama 1 jam (12.00 tengahari – 1.00 petang). Kelas tamat jam 5.00 petang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik dengan Bijak (KDB)

Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Komputer dan Sistem Operasi seperti berikut: Mengenali bahagian komputer yang berbeza. Fungsi bahagian komputer yang berbeza. Cara menghidupkan komputer. Mengenal pasti kekunci yang berbeza di papan kekunci. Fungsi kekunci di papan kekunci. Cara memegang dan menggerakkan tetikus. Tahu tentang windows desktop. Mengenal pasti bahagian-bahagian window. Cara menggunakan butang start dan menu start. Cara menggunakan Task Bar. Cara membuat folder dan Subfolder. Cara mematikan komputer.

Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Internet dan E-mel seperti berikut; Mengetahui maklumat tentang Internet, World Wide Web, pelayar dan alamat web. Memulakan pelayar web. Memuat turun dan menyimpan gambar. Mencari maklumat di internet dengan menggunakan enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan lain-lain. Cara-cara log in masuk dan log out dari akaun E-mel. Menggunakan akaun E-mel untuk membaca, menghantar, dan membalas mesej. Memahami garis panduan keselamatan di internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali