Kelas ICT Komputer dan Sistem Operasi. Kelas Microsoft Office, Word.

6 April 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT, Komputer dan Sistem Operasi dan Kelas Microsoft Office, Word pada hari Jumaat, 5 April 2019. Kelas dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak. Kelas ICT, Komputer dan Sistem Operasi bermula dari jam 8.00 pagi dan jumlah penyertaan 1 orang. Kelas tamat jam 12.00 tengahari. Manakala, Kelas Microsoft Office, Word dari jam 1.00 petang dan jumlah penyertaan 1 orang. Kelas tamat pada jam 5.00 petang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB).

Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Komputer dan Sistem Operasi seperti berikut: Mengenali bahagian komputer yang berbeza. Fungsi bahagian komputer yang berbeza. Cara menghidupkan komputer. Mengenal pasti kekunci yang berbeza di papan kekunci. Fungsi kekunci di papan kekunci. Cara memegang dan menggerakkan tetikus. Tahu tentang windows desktop. Mengenal pasti bahagian-bahagian window. Cara menggunakan butang start dan menu start. Cara menggunakan Task Bar. Cara membuat folder dan Subfolder. Cara mematikan komputer.

Manakala, Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Word seperti berikut; Pengenalan Microsoft Word. Cara menaip dan mengubah perkataan. Cara mengubah warna perkataan. Cara mengubah gaya perkataan. Cara membesarkan dan mengecilkan perkataan. Cara mengubah jarak antara baris. Cara membuat senarai berbulet. Cara mengubah penjajaran perkataan. Cara memasukkan gambar. Cara memasukkan jadual. Cara memasukkan sempadan halaman. Cara menyimpan dokumen.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali