Kelas ICT, Internet Dan Emel.
Kelas Microsoft Office Power Point
24 April 2019 | Aktiviti Terkini
Kelas Microsoft Office Power Point dan Kelas ICT, Internet Dan Emel pada hari Selasa, 23 April 2019. Kelas dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak. Kelas ICT, Internet Dan Emel bermula dari jam 8.00 pagi. Jumlah penyertaan 4 orang. Kelas tamat pada jam 12.00 tengahari. Kelas Microsoft Office Power Point bermula dari jam 1.00 petang. Jumlah penyertaan 7 orang. Kelas tamat jam 5.00 petang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik dengan Bijak (KDB).
Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Internet dan E-mel seperti berikut; Mengetahui maklumat tentang Internet, World Wide Web, pelayar dan alamat web. Memulakan pelayar web. Memuat turun dan menyimpan gambar. Mencari maklumat di internet dengan menggunakan enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan lain-lain. Cara-cara log in masuk dan log out dari akaun E-mel. Menggunakan akaun E-mel untuk membaca, menghantar, dan membalas mesej. Memahami garis panduan keselamatan di internet.
Peserta di beri tunjuk ajar dalam membuat dan mengubahsuai pembentangan. Membantu peserta mengikuti proses menambah dan mengubahsuai pembentangan dengan teks dalam kerja mereka. Membantu peserta mengikuti proses menambah dan mengubahsuai pembentangan dengan gambar, gambar rajah & suara dalam kerja mereka. Membantu peserta mengikuti proses menambah dan mengubahsuai persembahan mereka dengan animasi dan kesan slaid.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: