Kelas Microsoft Office Excel – petang
Soft Skill, Pantas Menaip - petang/u>

26 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Microsoft Office Excel dan Kelas Soft Skills, Pantas menaip pada hari Sabtu, 25 Mei 2019. Kelas dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak. Kelas bermula dari jam 1.00 petang hingga 5.00 petang. Penyertaan bagi Kelas Microsoft Office Excel, 1 orang. Penyertaan bagi Kelas Soft Skills, 4 orang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB)

Peserta Kelas Microsoft Office Excel diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Excel seperti berikut; Cara memasukkan dan menyunting teks dan nombor dalam lembaran hamparan. Cara memandu arah di sekitar spreadsheet. Cara melakukan pengiraan dengan mudah dan menggunakan formula. Cara menggabungkan dan menyatukan sel. Cara memformatkan sel dan mengubah ketinggian dan kelebaran baris dan lajur. Cara mencipta carta dan menentukan jenis carta. Cara menyimpan lembaran hamparan.

Peserta Kelas Soft Skill, Pantas Menaip diberi penerangan mengenai kemahiran menaip dengan pantas iaitu; cara menaip dengan pantas. Cara meletakkan 10 jari pada papan kekunci. Kaedah skema papan kekunci untuk daya ingatan pada otot jari. Pergerakan jari tanpa perlu melihat papan kekunci. Penjagaan diri semasa menaip. Peserta diberi latihan menaip. Latihan diberi dari sumber online https://byteback.org/typing yang mana memberi 15 pelajaran, 3 Latihan Lanjutan dan 5 Latihan Tambahan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas