Kelas Asas Microsoft Office Excel
16 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniKelas Asas Microsoft Office Excel pada hari Jumaat, 15 Mac 2019. Kelas dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak Kelas bermula dari jam 8.00 pagi. Jumlah peserta yang hadir 2 orang. Rehat 1 jam, 12.00 tengahari hingga jam 1.00 petang. Kelas tamat jam 5.00 petang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik dengan Bijak (KDB)
Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Excel seperti berikut; Cara memasukkan dan menyunting teks dan nombor dalam lembaran hamparan. Cara memandu arah di sekitar spreadsheet. Cara melakukan pengiraan dengan mudah dan menggunakan formula. Cara menggabungkan dan menyatukan sel. Cara memformatkan sel dan mengubah ketinggian dan kelebaran baris dan lajur. Cara mencipta carta dan menentukan jenis carta. Cara menyimpan lembaran hamparan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: