Kelas Microsoft Office, Excel - pagi
Kelas Microsoft Office, Word - petang
13 April 2019 | Aktiviti Terkini
Kelas Microsoft Office, Excel dan Kelas Microsoft Office, Word pada hari Jumaat, 12 April 2019. Kelas dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak. Kelas Microsoft Office, Word bermula dari jam 8.00 pagi dan jumlah penyertaan 1 orang. Kelas tamat jam 12.00 tengahari. Manakala, Kelas Microsoft Office, Word bermula dari jam 1.00 petang dan jumlah penyertaan 4 orang. Kelas dan Latihan tamat pada jam 5.00 petang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB)
Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Excel seperti berikut; Cara memasukkan dan menyunting teks dan nombor dalam lembaran hamparan. Cara memandu arah di sekitar spreadsheet. Cara melakukan pengiraan dengan mudah dan menggunakan formula. Cara menggabungkan dan menyatukan sel. Cara memformatkan sel dan mengubah ketinggian dan kelebaran baris dan lajur. Cara mencipta carta dan menentukan jenis carta. Cara menyimpan lembaran hamparan.
Manakala bagi peserta Kelas Microsoft Word seperti berikut; Pengenalan Microsoft Word. Cara menaip dan mengubah perkataan. Cara mengubah warna perkataan. Cara mengubah gaya perkataan. Cara membesarkan dan mengecilkan perkataan. Cara mengubah jarak antara baris. Cara membuat senarai berbulet. Cara mengubah penjajaran perkataan. Cara memasukkan gambar. Cara memasukkan jadual. Cara memasukkan sempadan halaman. Cara menyimpan dokumen.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: