Kelas Microsoft Office, Excel - pagi
Kelas ICT, Komputer dan Sistem Operasi - petang
Soft Skills, Latihan Menaip Pantas - petang

11 April 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Microsoft Office Excel, Kelas ICT, Komputer dan Sistem Operasi dan Latihan Menaip Pantas pada hari Rabu, 10 April 2019. Kelas dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak. Kelas Microsoft Office Excel bermula dari jam 8.00 pagi dan jumlah penyertaan 1 orang. Kelas tamat jam 12.00 tengahari. Manakala, Kelas ICT, Komputer dan Sistem Operasi dan Soft Skills Latihan Menaip Pantas bermula dari jam 1.00 petang. Jumlah penyertaan Kelas ICT, Komputer dan Sistem Operasi, 4 orang. Manakala jumlah penyertaan bagi Soft Skills Latihan Menaip Pantas 2 orang. Kelas dan Latihan tamat pada jam 5.00 petang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB)

Peserta Kelas Microsoft Office, Excel diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Excel seperti berikut; Cara memasukkan dan menyunting teks dan nombor dalam lembaran hamparan. Cara memandu arah di sekitar spreadsheet. Cara melakukan pengiraan dengan mudah dan menggunakan formula. Cara menggabungkan dan menyatukan sel. Cara memformatkan sel dan mengubah ketinggian dan kelebaran baris dan lajur. Cara mencipta carta dan menentukan jenis carta. Cara menyimpan lembaran hamparan.

Bagi Peserta Kelas ICT, Komputer dan Sistem Operasi diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan bahagian komputer yang berbeza. Fungsi bahagian komputer yang berbeza. Cara menghidupkan komputer. Mengenal pasti kekunci yang berbeza di papan kekunci. Fungsi kekunci di papan kekunci. Cara memegang dan menggerakkan tetikus. Tahu tentang windows desktop. Mengenal pasti bahagian-bahagian window. Cara menggunakan butang start dan menu start. Cara menggunakan Task Bar. Cara membuat folder dan Subfolder. Cara mematikan komputer. Dan bagi Peserta Soft Skills, Latihan Menaip Pantas diberi latihan dari sumber online https://byteback.org/typing yang mana memberi 15 pelajaran, 3 Latihan Lanjutan dan 5 LatihanTambahan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali