Kelas Pengenalan Kepada Internet & Emel dan Pengenalan Kepada Komputer dan Sistem Operasi

7 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Pengenalan Kepada Internet & Emel dan Pengenalan Kepada Komputer dan Sistem Operasi pada hari Ahad, 6 Januari 2019. Kelas dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak Kelas bermula dari jam 10.00 pagi. Jumlah peserta yang hadir 4 orang. Waktu Rehat 1 jam, kelas tamat jam 5.00 petang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik dengan Bijak (KDB)

Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Internet dan E-mel seperti berikut; Mengetahui maklumat tentang Internet, World Wide Web, pelayar dan alamat web. Memulakan pelayar web. Memuat turun dan menyimpan gambar. Mencari maklumat di internet dengan menggunakan enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan lain-lain. Cara-cara log in masuk dan log out dari akaun E-mel. Menggunakan akaun E-mel untuk membaca, menghantar, dan membalas mesej. Memahami garis panduan keselamatan di internet.

Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Komputer dan Sistem Operasi seperti berikut: Mengenali bahagian komputer yang berbeza. Fungsi bahagian komputer yang berbeza. Cara menghidupkan komputer. Mengenal pasti kekunci yang berbeza di papan kekunci. Fungsi kekunci di papan kekunci. Cara memegang dan menggerakkan tetikus. Tahu tentang windows desktop. Mengenal pasti bahagian-bahagian window. Cara menggunakan butang start dan menu start. Cara menggunakan Task Bar. Cara membuat folder dan Subfolder. Cara mematikan komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali