Pengenalan Kepada Komputer Dan System Operasi
27 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPeserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan komputer dan sistem operasi seperti mengenali bahagian komputer yang berbeza, fungsi bahagian komputer yang berbeza, cara menghidupkan komputer, mengenal pasti kekunci yang berbeza di papan kekunci, fungsi kekunci di papan kekunci, cara memegang dan menggerakkan tetikus, tahu tentang windows desktop, mengenal pasti bahagian-bahagian window, cara menggunakan butang start dan menu start, cara menggunakan task bar, cara membuat folder dan subfolder, cara mematikan komputer.
Jumlah peserta: 2 orang : suri rumah dan petani. Kelas bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang. KDB dan advokasi juga diberikan kepada peserta : Berkongsi secara berlebihan & Penipuan Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: