Kelas Pengenalan Kepada Internet dan Emel

4 September 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Pengenalan Kepada Internet dan Emel pada hari Selasa, 3 September 2019. Kelas dijalankan di Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak. Kelas Pengenalan Kepada Internet dan Emel diadakan dari waktu pagi hingga petang. Penyertaan 1 orang. Kelas pagi bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari manakala kelas sebelah petang bermula dari jam 1.00 petang sehingga jam 5.00 petang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB)

Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Internet dan E-mel seperti berikut; Mengetahui maklumat tentang Internet, World Wide Web, pelayar dan alamat web. Memulakan pelayar web. Memuat turun dan menyimpan gambar. Mencari maklumat di internet dengan menggunakan enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan lain-lain. Cara-cara log in masuk dan log out dari akaun E-mel. Menggunakan akaun E-mel untuk membaca, menghantar, dan membalas mesej. Memahami garis panduan keselamatan di internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali