Kelas ICT, Pengenalan Kepada Internet dan Emel

7 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT, Pengenalan Kepada Internet dan Emel pada hari Jumaat, 6 Disember 2019. Kelas ICT, Pengenalan Kepada Internet dan Emel dijalankan di Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak. Kelas diadakan pada petang. Jumlah penyertaan 3 orang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB).

Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Internet dan E-mel seperti berikut; Mengetahui maklumat tentang Internet, World Wide Web, pelayar dan alamat web. Memulakan pelayar web. Memuat turun dan menyimpan gambar. Mencari maklumat di internet dengan menggunakan enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan lain-lain. Cara-cara log in masuk dan log out dari akaun E-mel. Menggunakan akaun E-mel untuk membaca, menghantar, dan membalas mesej. Memahami garis panduan keselamatan di internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali