Bengkel kek dan Roti
11 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniBengkel Kek dan Roti pada hari Sabtu, 10 Ogos 2019. Bengkel ini dijalankan di rumah pengajar (James Anyang) iaitu di Uma Bakah, Sg Asap. Bengkel ini diadakan pada dua sesi iaitu sesi pagi – bengkel kek dan sesi petang – bengkel roti. Bengkel kek telah disertai oleh 10 orang manakala bengkel roti disertai oleh 8 orang. Kesemua peserta adalah wanita.
Bengkel bermula pada waktu pagi bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari manakala kelas sebelah petang bermula dari jam 1.00 petang sehingga jam 5.00 petang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB). Peserta diajar tentang cara membuat kek viral yang mana kek yang modalnya murah dan sesuai digunakan untuk perniagaan. Aktiviti dan peralatan mengajar disediakan oleh pihak penganjur. Selesai kelas, setiap peserta diberi Sijil Penyertaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: