Kelas Penjagaan Muka dan Asas Makeup

28 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Penjagaan Muka dan Asas Makeup pada hari Sabtu, 27 Julai 2019. Kelas dijalankan di Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak. Kelas Penjagaan Muka dan Asas Makeup diadakan 2 sesi iaitu pada waktu pagi dan petang. Penyertaan sebelah pagi 31 orang, manakala sebelah petang penyertaan 11 orang.

Kelas pagi bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari manakala kelas sebelah petang bermula dari jam 1.00 petang sehingga jam 5.00 petang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB). Peserta diajar tentang cara penjagaan muka yang betul dan cara berhias/bermakeup. Aktiviti dan peralatan mengajar disediakan oleh pihak penganjur. Selesai kelas, setiap peserta diberi Sijil Penyertaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali