Kursus Asas Microsoft Office Word
23 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniKursus dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, pada tarikh 22 Oktober 2018, pada masa 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Jumlah peserta yang hadir 3 orang. Aktiviti sokongan Advokasi- Klik dengan Bijak(KDB).
Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Word seperti berikut; Pengenalan Microsoft Word. Cara menaip dan mengubah perkataan. Cara mengubah warna perkataan. Cara mengubah gaya perkataan. Cara membesarkan dan mengecilkan perkataan. Cara mengubah jarak antara baris. Cara membuat senarai berbulet. Cara mengubah penjajaran perkataan. Cara memasukkan gambar. Cara memasukkan jadual. Cara memasukkan sempadan halaman. Cara menyimpan dokumen.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: