1. emel Kepada Emel dan Internet – Pagi
2. Kursus Asas Microsoft Office Power Point - Petang

6 November 2018 | Aktiviti Terkini

Kursus dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, pada tarikh 6 November 2018, Kursus pada tarikh  berkenaan diadakan dua sessi iaitu pagi dan petang.  Sessi pagi jumlah peserta yang hadir adalah 5 orang. Manakala di sebelah petang jumlah peserta yang hadir 5 orang juga.  Aktiviti sokongan bagi kedua-dua sessi adalah Advokasi- Klik dengan Bijak(KDB).

1. emel Kepada Emel dan Internet – Pagi
Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Internet dan E-mel  seperti berikut;  Mengetahui maklumat tentang Internet, World Wide Web, pelayar dan alamat web.  Memulakan pelayar web.  Memuat turun dan menyimpan gambar.  Mencari maklumat di internet dengan menggunakan enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan lain-lain.  Cara-cara log in masuk dan log out dari akaun E-mel.  Menggunakan akaun E-mel untuk membaca, menghantar, dan membalas mesej.  Memahami garis panduan keselamatan di internet.

2. Kursus Asas Microsoft Office Power Point – Petang
Peserta di beri tunjuk ajar dalam membuat dan mengubahsuai pembentangan.  Membantu peserta mengikuti proses menambah dan mengubahsuai pembentangan dengan teks dalam kerja mereka.  Membantu peserta mengikuti proses menambah dan mengubahsuai pembentangan dengan gambar, gambar rajah & suara dalam kerja mereka.  Membantu peserta mengikuti proses menambah dan mengubahsuai persembahan mereka dengan animasi dan kesan slaid.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali