Kursus Asas Adobe Photoshop
22 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniPada 15 dan 21 Mei 2018 kursus ini dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, selama 3 jam bermula dari jam 2:00 petang hingga jam 5:00 petang. Jumlah peserta yang hadir 3 orang. Aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi iaitu Penyebaran maklumat palsu dan berkongsi secara berlebihan.
Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Adobe Photoshop seperti berikut; Pengenalan,Sejarah Adobe Photoshop,Fungsi Adobe Photoshop,,Ruang kerja Photoshop,Mempamerkan atau menutup tetingkap arahan,Sumber untuk mendapatkan imej Photoshop,Membuka dan membina kanvas imej baru, Membuka fail gambar,Mempamerkan gambar mengikut Saiz pixel sebenarm,Mempamerkan ruler, Mempamerkan guides, Arahan undo, Menyimpan fail Photoshop mengunakan arahan save/ save as, Jenis-jenis tools, Filter untuk kesan khas, Kesan khas pada tipografi dengan menggunakan arahan warp text, Pengenalan istilah Layer, Mengasingkan elemen dalam imej mengunakan layer, Membina layer baru, Membina layer baru mengunakan arahan create new layer, Menyalin layer mengunakan arahan duplicate layer, Memasukan elemen ke dalam layer, Menyusun elemen dalam layer, Menyalin layer yang mengandungi elemen, Membuang layer, Mengubah kelegapan elemen supaya kelihatan transparent, Mengaplikasikan Kesan khas dengan mengunakan arahan layer style, Menggabungkan layers, Menggabungkan layer menggunakan arahan merge down/merge layers.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: