Kursus Asas Microsoft Power Point
09 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniKursus dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, selama 3 jam bermula dari jam 2:00 petang hingga jam 5:00 petang. Jumlah peserta yang hadir 2 orang. Aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi iaitu Buli Siber.
Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan microsoft power point seperti berikut; cara mencipta pembentangan baru, cara membuat gambar dengan pelbagai reka letak, cara menyunting gambar, cara menggunakan templat reka bentuk untuk slaid, cara memasukan gambar dan clip art ke dalam slaid, cara memasukkan jadual dalam slaid, cara menggunakan animasi, cara menyimpan pembentangan, cara memulakan persembahan slaid.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: