Kursus Pengenalan Kepada Komputer Dan Sistem Operasi

12 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Kursus dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, selama3 jam bermula dari jam 2:00 petang hingga jam 5:00 petang. Jumlah peserta yang hadir 7 orang. Aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi iaitu Teknologi dan anda.

Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan komputer dan sistem operasi seperti mengenali bahagian komputer yang berbeza, fungsi bahagian komputer yang berbeza, cara menghidupkan komputer, mengenal pasti kekunci yang berbeza di papan kekunci, fungsi kekunci di papan kekunci, cara memegang dan menggerakkan tetikus, mengenal pasti bahagian-bahagian window, cara menggunakan butang start dan menu start, cara menggunakan task bar, cara membuat folder dan subfolder, cara mematikan komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali