Kursus Asas Microsoft Office Excel
17 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniKursus dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, pada 15 Oktober 2018 selama 2 jam bermula dari jam 3.00 petang hingga jam 5.00 petang. Jumlah peserta yang hadir 2 orang dan 16 Oktober 2018 selama 2 jam bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Jumlah peserta yang hadir 2 orang. Aktiviti sokongan Advokasi KDB selama 2 jam.
Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Excel seperti berikut; Cara memasukkan dan menyunting teks dan nombor dalam lembaran hamparan. Cara memandu arah di sekitar spreadsheet. Cara melakukan pengiraan dengan mudah dan menggunakan formula. Cara menggabungkan dan menyatukan sel. Cara memformatkan sel dan mengubah ketinggian dan kelebaran baris dan lajur. Cara mencipta carta dan menentukan jenis carta. Cara menyimpan lembaran hamparan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: