Kursus Asas Microsoft Office Excel
14 December 2018 | Aktiviti TerkiniKursus dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, pada tarikh 13 November 2018, dari jam 2.00 – 3.00 petang. Aktiviti sokongan adalah Advokasi- Klik dengan Bijak(KDB). Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Excel seperti berikut; Cara memasukkan dan menyunting teks dan nombor dalam lembaran hamparan.
Cara memandu arah di sekitar spreadsheet. Cara melakukan pengiraan dengan mudah dan menggunakan formula. Cara menggabungkan dan menyatukan sel. Cara memformatkan sel dan mengubah ketinggian dan kelebaran baris dan lajur. Cara mencipta carta dan menentukan jenis carta. Cara menyimpan lembaran hamparan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: