Kursus Asas Microsoft Office Excel

20 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Kursus dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, selama 3 jam bermula dari jam 2.00 petang hingga jam 5.00 petang. Jumlah peserta yang hadir 3 orang. Aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi iaitu www.sebenarnya.my. Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Excel seperti berikut;

Cara memasukkan dan menyunting teks dan nombor dalam lembaran hamparan. Cara memandu arah di sekitar spreadsheet. Cara melakukan pengiraan dengan mudah dan menggunakan formula. Cara menggabungkan dan menyatukan sel. Cara memformatkan sel dan mengubah ketinggian dan kelebaran baris dan lajur. Cara mencipta carta dan menentukan jenis carta. Cara menyimpan lembaran hamparan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali