Kursus Memperkenalkan Internet Dan Emel

25 April 2018 | Aktiviti Terkini

Kursus dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, selama 3 jam bermula dari jam 2:00 petang hingga jam 5:00 petang. Jumlah peserta yang hadir 2 orang. Aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi iaitu penyebaran maklumat palsu.

Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan internet dan e-mel seperti berikut; mengetahui maklumat tentang internet, world wide web, pelayar dan alamat web, memulakan pelayar web, membuat carian menggunakan enjin carian, memuat turun dan menyimpan gambar, mencari maklumat di internet dengan menggunakan enjin carian, mengetahui tentang e-mel, cara-cara log in masuk dan log out dari akaun e-mel. Menggunakan akaun e-mel untuk membaca,menghantar, dan membalas mesej, memahami garis panduan keselamatan asas internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali