Kursus Asas Microsoft Office Word
13 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniKursus dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, selama3 jam bermula dari jam 9:00 pagi hingga jam 12:00 tengahari. Jumlah peserta yang hadir 1 orang. Aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi iaitu Check Your Label.
Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Word seperti berikut; Pengenalan Microsoft Word. Cara menaip dan mengubah perkataan. Cara mengubah warna perkataan. Cara mengubah gaya perkataan. Cara membesarkan dan mengecilkan perkataan. Cara mengubah jarak antara baris. Cara membuat senarai berbulet. Cara mengubah penjajaran perkataan. Cara memasukkan gambar. Cara memasukkan jadual. Cara memasukkan sempadan halaman. Cara menyimpan dokumen.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: