Kelas ICT, Komputer dan Sistem Operasi – pagi
Kelas Microsoft Office, Word - petang
Soft Skills, Latihan Menaip Pantas - petang

12 April 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT, Komputer dan Sistem Operasi, Kelas Microsoft Office, Word dan Latihan Menaip Pantas pada hari Khamis, 11 April 2019. Kelas dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak. Kelas ICT, Komputer dan Sistem Operasi bermula dari jam 8.00 pagi dan jumlah penyertaan 2 orang. Kelas tamat jam 12.00 tengahari. Manakala, Kelas Microsoft Office, Word dan Soft Skills Latihan Menaip Pantas bermula dari jam 1.00 petang. Jumlah penyertaan Kelas Microsoft Office, Word 4 orang. Manakala jumlah penyertaan bagi Soft Skills Latihan Menaip Pantas 2 orang. Kelas dan Latihan tamat pada jam 5.00 petang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB)

Peserta Kelas ICT, Komputer dan Sistem Operasi diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan bahagian komputer yang berbeza. Fungsi bahagian komputer yang berbeza. Cara menghidupkan komputer. Mengenal pasti kekunci yang berbeza di papan kekunci. Fungsi kekunci di papan kekunci. Cara memegang dan menggerakkan tetikus. Tahu tentang windows desktop. Mengenal pasti bahagian-bahagian window. Cara menggunakan butang start dan menu start. Cara menggunakan Task Bar. Cara membuat folder dan Subfolder. Cara mematikan komputer.

Manakala bagi peserta Kelas Microsoft Office Word diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Word seperti berikut; Pengenalan Microsoft Word. Cara menaip dan mengubah perkataan. Cara mengubah warna perkataan. Cara mengubah gaya perkataan. Cara membesarkan dan mengecilkan perkataan. Cara mengubah jarak antara baris. Cara membuat senarai berbulet. Cara mengubah penjajaran perkataan. Cara memasukkan gambar. Cara memasukkan jadual. Cara memasukkan sempadan halaman. Cara menyimpan dokumen. Dan bagi Peserta Soft Skills Latihan Menaip Pantas pula diberi latihan dari sumber online https://byteback.org/typing yang mana memberi 15 pelajaran, 3 Latihan Lanjutan dan 5 LatihanTambahan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali